Sunday, September 30, 2007

**RAHSIA MLM..TAKTIK JOM MAKAN..**

Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannya Zaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke rumah.
Kata Sudin, “aku nak jemput kau makan sikit kat rumah aku malam ni. Datanglah”. Zaidi pun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudah berada di rumah Sudin.


Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seorang lagi tetamu asing yang belum pernah beliau kenali di rumah Sudin.
Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu asing itu ialah upline Sudin yang bakal memperkenalkan satu peluang hebat - peluang mendapatkan pendapatan yang tiada hadnya di dalam dunia ini.

Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah diperkenalkan dengan produk unik X yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itu sahaja, jika Zaidi menyertai kumpulan pengedar mereka, Zaidi berpeluang melancong ke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun dari sekarang. Pangkat “manager”, “diamond” dan “super duper diamond” juga dijelaskan.Wow! Sudin teruja… namun Zaidi masih lagi bingung.???
“Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri”, fikir Zaidi.Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentangan peluang perniagaan tersebut, memang ada nasi briani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namun Zaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya sudah ditipu.

Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat, Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang pengedar.Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikat pemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan, beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakan taktik “makan percuma” kepada rakan-rakannya yang lain semata-mata untuk mendapatkan ahli baru di bawah beliau.
Kata hati Zaidi, “cukuplah aku saja yang terkena”.

Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yang diperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara “bait and switch” - umpan sesuatu benda, kemudian perkenalkan peluang perniagaan.Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi saya juga akan merasakan seperti apa yang Zaidi rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja saya dengan cara sebegitu.

Apa salahnya jika diberitahu perkara yang sebenar. Sudin boleh katakan kepada Zaidi yang beliau ingin menjemput Zaidi datang ke rumah bertemu Upline beliau untuk membincangkan satu peluang menambah pendapatan sampingan, dan di samping itu juga, Sudin ada buat makan-makan sikit.
Paling kurang, Zaidi sudah bersedia dengan apa yang bakal beliau hadapi.
Jika Zaidi tak dapat datang, mungkin Halim, mungkin Kasim, mungkin Ahmad dapat datang.

ikhlas,
Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com

Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di

http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=Nida


No comments: