Thursday, October 4, 2007

PENDAPATAN BERULANG..IMPIAN SEMUA!!!

Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yangbagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang bolehdiklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali - Dibayar sekali
Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayarsekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir disitu sahaja.

2. Berterusan Bekerja - Berterusan Dibayar
Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang "dinikmati" oleh golongan pekerja. Walaupun andaseorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, andacuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jikaanda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul - Dibayar Berulang-Ulang Kali
Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, andaakan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku andaitu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh.Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau jugaboleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkanl agu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenal pasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan.

Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antaraketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerjasekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialahPemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau Multi-Level Marketing (MLM).

ikhlas,
Zamri Nanyanwww.RahsiaMLM.com

Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaanTom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=Nida

Sunday, September 30, 2007

*Cara Penjimatan Elektrik*

Anda ingin mengurangkan kadar bil elektrik anda??
Sila klik banner-banner yang tertera di bawah..
Anda akan dapat informasi mengenainya

AlatPenjimatan.Com



AlatPenjimatan.Com


Hanya anda sahaja yang akan mengetahuinyer..

AlatPenjimatan.Com

So, apa anda tunggu lagi..Bertindak secara BIJAK untuk mengatasi segala masalah yang menghantui anda...









**RAHSIA MLM..TAKTIK JOM MAKAN..**

Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannya Zaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke rumah.
Kata Sudin, “aku nak jemput kau makan sikit kat rumah aku malam ni. Datanglah”. Zaidi pun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudah berada di rumah Sudin.


Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seorang lagi tetamu asing yang belum pernah beliau kenali di rumah Sudin.
Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu asing itu ialah upline Sudin yang bakal memperkenalkan satu peluang hebat - peluang mendapatkan pendapatan yang tiada hadnya di dalam dunia ini.

Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah diperkenalkan dengan produk unik X yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itu sahaja, jika Zaidi menyertai kumpulan pengedar mereka, Zaidi berpeluang melancong ke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun dari sekarang. Pangkat “manager”, “diamond” dan “super duper diamond” juga dijelaskan.Wow! Sudin teruja… namun Zaidi masih lagi bingung.???
“Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri”, fikir Zaidi.Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentangan peluang perniagaan tersebut, memang ada nasi briani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namun Zaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya sudah ditipu.

Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat, Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang pengedar.Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikat pemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan, beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakan taktik “makan percuma” kepada rakan-rakannya yang lain semata-mata untuk mendapatkan ahli baru di bawah beliau.
Kata hati Zaidi, “cukuplah aku saja yang terkena”.

Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yang diperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara “bait and switch” - umpan sesuatu benda, kemudian perkenalkan peluang perniagaan.Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi saya juga akan merasakan seperti apa yang Zaidi rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja saya dengan cara sebegitu.

Apa salahnya jika diberitahu perkara yang sebenar. Sudin boleh katakan kepada Zaidi yang beliau ingin menjemput Zaidi datang ke rumah bertemu Upline beliau untuk membincangkan satu peluang menambah pendapatan sampingan, dan di samping itu juga, Sudin ada buat makan-makan sikit.
Paling kurang, Zaidi sudah bersedia dengan apa yang bakal beliau hadapi.
Jika Zaidi tak dapat datang, mungkin Halim, mungkin Kasim, mungkin Ahmad dapat datang.

ikhlas,
Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com

Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di

http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=Nida


**MLM MEMANG SKIM PIRAMID??**

MLM Memang Skim Piramid??

Memang perbincangan skim piramid dan MLM bagai tidak dapat dipisahkan…Perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan MLM itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:
1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti oleh beberapa menteri… dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya. Cuba perhatikan…Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat… dan jumlah… anda tahu selebihnya bukan?
2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah daripada gaji seorang pengurus.
3. Sebuah organisasi MLM mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.
Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.


Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini? Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.Masalah piramid dan MLM sepatutnya difahami dengan betul… dan bukannya mengambil kesimpulan yang MLM adalah sebuah piramid yang menyalahi undang-undang.

Jadi, betulkan MLM itu sebuah piramid?

Ya, MLM ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.



ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di

http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=Nida