Thursday, October 4, 2007

PENDAPATAN BERULANG..IMPIAN SEMUA!!!

Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yangbagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang bolehdiklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali - Dibayar sekali
Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayarsekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir disitu sahaja.

2. Berterusan Bekerja - Berterusan Dibayar
Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang "dinikmati" oleh golongan pekerja. Walaupun andaseorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, andacuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jikaanda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul - Dibayar Berulang-Ulang Kali
Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, andaakan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku andaitu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh.Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau jugaboleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkanl agu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenal pasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan.

Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antaraketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerjasekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialahPemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau Multi-Level Marketing (MLM).

ikhlas,
Zamri Nanyanwww.RahsiaMLM.com

Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaanTom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=Nida

No comments: